Wednesday 29 June 2011

Diet: Apa Jenis Darah Anda?






LUMRAH bagi seorang manusia, golongan wanita khususnya membimbangi setiap peralihan jarum penimbang berat badan. Ditambahkan pula jika jarum penimbang berbeza dua atau tiga garis ke kanan, pasti hati tidak keruan dengan niat dipasang untuk berdiet. Pelbagai ubat-ubatan menguruskan badan bagi mengembalikan bentuk badan ideal berlambakan di pasaran.


Segala nasihat diikuti, tetapi malangnya jarum penimbang tidak juga beralih ke kiri. Anda mula mempersoalkan keberkesanan dan kebenaran nasihat rakan-rakan anda. Mengapa Si A berjaya mengurangkan berat badannya tetapi tidak anda walhal segala peraturan dan ketetapannya dipatuhi? Mungkin apa yang kurang adalah anda tidak mengetahui makanan apakah yang bersesuaian dengan jenis darah anda.

Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’

Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.

Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.


@@@@@@@@@@@@ DYLA@@@@@@@@@@

Tuesday 21 June 2011

Jodoh masih ada untukmu ,Usah bimbang ALLAH yg Mengetahui semua nya..




Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini




Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi INGATAN...
Hanya lagu yang menjadi KENANGAN...
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu.......


@@@@@@@@@@@@@ ---From dyla--- @@@@@@@@@@@
adoptef from---> aizat..

Saturday 18 June 2011

Cerita tentang roomates ku..


GOOD MORNING....(^-^)~~~~~



@@@@@ KAMI BERLIMA @@@@



salam semua...ni kawan-kawan satu bilik yg sentiasa kecoh kan keadaan blok..huhu..yelaaa,mcm ktorg jee yg LIFE...yg lain diam jee..asal kteorg terbising lebih bru laa ad dgr org ckp..syyyyhhhh..ahaakkkss..sje nk test diorg ad ke x ngn ktorg...huhu..selama hampir 3tahun ktorg kt khazanah alam ni..mcm2 dugaan yg ditempuh..ni nk perkenal kn sorg2 roomates sye ni..





INI SITI MASTURA BT ABDL RANI...hehe..
mula2 kenal dia ni memg ley tahan kuat merajuknya..sye pown ala-ala suke merajuk..tapi tu dulu laa..ahakkks..sekrg dh besar,dh pandai pikr kata kan..
seorang yg tidak pernah berpisah dgn senyuman nya...













dipanggil mas,and name mnje nye tie..
seorg yg peramah dan berkeyakinan tinggi..
seorang yg penyayang..untung sape dpt dia nie..hehe~
suka tgok cerita hantu...
bila kteorg tgok movie hantu ramai2,sume mcm takut2 je tgok hntu tu especially sye,
tapi kan..dia seorg je yg tergelak..hahaa..
(pecah perut nk cerita ni..)
tie ley ckap hantu tu kelakar laa..
memg xphm btol kwn sye sorg ni..ahaaahaa.
















ok..yg ini pulak...NURUL AIDA BT SULONG...
sye knal die mula2 memang seorang yg pendiam..if xknal btol2 dak ni memg xtahu ape2 pown pasal dia..ahaakkss..
dalam kelas memg seorang yg pendiam..bg saya laa..dia laaa perempuan melayu terakhir..uhuuu..














CIK AYDA....
manis orang nya...
setelah mendalami dan kenal seorang insan nie...
rupa-rupanya..
ubi berisi jugak taw..hahaaa~
mcm2 laa yg sye xthu pasal die ni..akhirnya tahu gak..hihii
hobi die,memg ktorg suke dengar..lg hebat dari org yg kecoh mcm sya ni..huhuu..xley citer lebih kang kena cepuk plak..hohoo..
















ok..ini citer pasal cik zaza kite ye..
nama diberi NOR ZABARIAH BT ABDL SATAR...
owwhhh..cter pasal dak kecik ni..jgn main2..
bdn je kecik..suara ley tahan kuat..
suruh jdi komander xnak plk..hahaa..
memg terbaik ar suara die if menjerit..agak2 1 blok dgr kot..hihi..
ok..mula2 knal dak ni,ok laa,..sempoi jee die..
suka berkawan..suka ketawa..dan suka kaco aku..
















CIK ZAZA
nie memang yg seorang yg happy go
LUCKY laaa...jarang nk tgok die moody tw..suke kwn ngn die..ada 1 cter pasal die ni..hehe..
dia juga seorang yg amat becok..hahaa..
ktorg akan dgr jee apa yg dia nk ckp..dia cter laa A to Z..xkire laa dimane2..mendengar laa ape dia nk ckp..dan 1 lg time mkn..xsah laa if x tersedu2 pas mkn tu..ahaaakkss...
xtahan pedas kata nya..tapi masih nk yg pedas..xtahan..tp nk yg adventures..
tu laa cik zaza kte ni..













dan ini kisah
NOR AISYAH BT MOHAMED ZAINI
...al kisah...hehe..nama pnggilan nye echa..
seorang yg peramah dgn kata-kata nya..
memang best bile dgr dia bercakap..
cara dia komen org dan beri nasihat memg ikhlas..
ada stgh org kan die nk jaga hati dia akan ckp untuk jaga hati kite kn,,
tapi echa seorg yg jujur..
memang nmpk laa..betol x? kwn2??













AISYAH.....
suke baca novel..
dan suke tgok cerita korea...
boleh dikira suke tgok movie laa..hehee..
dia juga seorang yg sempoiii..
seronak berkawan ngn die..
lagi 1..die suke bercerita pasal cinta..
seronok dengar mcm echa berpengalaman taw..
if sye sedih2,mcm kata nasihat nye..
yelaa...mane x nya..experience dia byk membaca novel cinta kata kn..
mcm hati dia berada dlm tu..hehee..









mastura, echa dan zaba..memang sentiasa bersama2..xkira la dimana..
on9 sme2,mkn sme2..sume sme..seronok tgok persahabatan diorg..
semoga berpanjangan..hehee..





kami berlima..majoriti nya diorg ni org PAHANG..sye jee yg selangor.
lepas abis diploma ni..mcm susah je kte nk jumpe kn...
keep our memories in our HEART yee..
sayang korg sume..
ALL the best..jgn mudah putus asa yee..

@@@@@@------ edited from kak ngah -----@@@@@@
lot of love to you...<3><3><3>..

Mengapa Wanita bercakap ketika tertekan??





Apabila wanita tertekan ataupun stress...datang laa fungsi pertuturan yg tertiba menjadi aktif..dan kdg2 tanpa henti..apabila kita stress,kita akan berterusan bercakap pada sesiapa pun yg mahu mendengar..ahakksss...WANITA ni mampu bercakap perihal masalah nya dgn kawan2 selama berjam-jam dgn laporan terperinci..(sya laa di antara nya tuuu)..kwn2 kita pula mula membuat bedah siasat ke atas masalah yg dihadapi itu..

bagi kita seorg WANITA ni..
"berkongsi masalah dgn teman-teman adalah
tanda kepercayaan dan persahabatan
bagi seorang WANITA...



bagi LELAKI plak kn,mendengar sahaja kita bercakap pasal mslh kte adalah kerja yg sukar dilakukan kn kn bg diorg...ini berlaku sebab lelaki ni sepatutnya menyelesaikan masalah yg sedang diceritakn dgn jelas ...bg diorg,diorg tidak mahu sekadar mendengar shja..nk lg efektif lg diorg suka bertindak..

ingat laah wahai LELAKI...

Apabila kamu bersama Wanita yg sedang marah..
jangan laa cadangkan apa-apa penyelesaian or menafikan perasaannya...
Kita hanya perlu tunjukkan kpdanya
yg kita ni dengar apa yg dikatakan nya...


dan

mengapa LELAKI pula tidak bercakap ketika dia stress???



Bagi wanita,dia bercakap untuk meluah kan apa yg ada di dalam hati dan kepala nya..
Lelaki biasanya stress kelihatan tenang dan tidak bercakap..diowg menggunakn otak KANAN nya ketika cuba menyelesaikan masalah,dan pada masa yg sma dia berhenti mggunakn otak kiri yg digunakn untuk bercakap..Otak nya hanya mampu melakukn 1 perkara pada 1 masa yg sama jee..lelaki tidak mampu selesaikan masalah, mendengar dan bercakap dalam masa yg sama..Saat diowg membisu ni laa yg menakutkan dan mengggusarkan kaum WANITA..percaya laaa..hehee

berbeza kan apabila WANITA dan LELAKI apabila
diorg stress..
Masing2 ada kelakuan sendiri..
sama2 laa kite menghayati kisah ADAM dan HAWA
ciptaan ALLAH..
CUKUP UNIK....@@@


Thursday 16 June 2011

A moment to Remember.... AC1106A

In UiTM JENGKA,phg...
from 2009 untill 2011..
khazanah alam...

A moment to be remember to all my friends..

 ni kwn2 sye yg selalu wt kecoh dlm kelas especially myra n ika..
sylla pendiam ckt..diam ubi berisi taw..hehee~

 yg kecik skali tu noni,byzura n nani..dowg memg suke berposing..

 ni jee yg tinggal AC1106A..walau pun cikt ni tp dlm kelas kecoh jugak laa..
mcm ada 40 org jee kn..kn...
kt blkg sne tu je laa jejaka2 kelas kte kn..kn..
 A moment to ReMemBer !!!
 alahai...comel laa cik noni kte ni.... xpdn ngn kecik..
cik zaza kte pown excited berposing gmbr..
 ni plak ragam 3 org kawan rapat yg xpernah berenggang..
bagai aur dan tebing..bgus2..
semangat ini laah yg kite mahu kn..
Maju lahh bangsa untuk NEGARA..ahaakkss..

 alahaiiii..ni posing memg susah nk cri..hehee..comel laa tu..~

 cian kawan2 saya ni kelaparan menunggu masa ...
pasport mne?? hihii..

 kami bertiga..ahakkkssss..memang ayu laa dowg..hihi
asyyla me and aida..
 cik zaza and me..suke sgt berposing nie...

sweet couple in class.(HOT)!!.semoga berkekalan ke jinjang pelamin..hihi..aminnnn~


to ALL my classmates.--->

Semoga korg dpt graduate dgn cemerlang~
Semoga korg dpt ape yg korg hajati selama ni..
dan sahut laa cabaran untuk smbg Degree AKAUN..kowg mampu..
korg sudah terpilih diantara beribu2 org taw,..nikmatilah peluang ini..
insya`ALLAH..
ALL THE BEST my friends..thanks for being my friend..
friend forever n ever..
kenangan -kenangan berada di Jengka selama 3 tahun xkan dilupakan
walaupun korg sume org pahang..hehee~
SALAM UKHUWAH FILLAH...
@@@@@@@@@@@@@



ni bear kesayangan ku...( LALA)  nama nya.hehe..
Peneman ku semasa tidur..~ lalaaaaa
 @@@@ A moment TO remember@@@@@@


Sunday 12 June 2011

Kek Batik susun...yummy..

Salam semua....
kali nie,sye nak tunjuk kan hasil buatan kek batik susun,,hehe..walau pun leceh nk di susun kn,..perlu kan fokus..selalu kte main patah kn je kt biskut marrie tu je kn..kali nie kte wat lain plak...sedap mata memandang..~
 yummy....(^-^)

 warisan turun temurun dari resipi mama saye..hehee

sedappp tw,..nmpk cantik ..rasa mcm sayang je nk mkn..
tpi abis jugak..haha..
orang kata apa yg kita sayang xley simpan lme2..if mcm tu kne makan laa..xley simpan..
nnti org lain kebas..hehe ~ ~

@@@@@@@@@@@@ dyla @@@@@@@@@@

Saturday 11 June 2011

Update program diet...



mcm mne diet kite..hehe..berhasil x?cume kene disiplin kuat..jom kte kongsi ilmu pasal diet secara sihat tanpa memerlukn kos yg mahal..diet secara sihat..pasti kte gembira..

Selepas 2 minggu kte dlm minggu induction for Diet Atkins, bila dah capai berat badan yang diingini, biasakan  balik makanan seperti roti (berserat tinggi) dan sikit nasi , tapi jangan banyak sangat taw, sebab badan anda akan jadi biasa tak makan benda2 tu. Yang penting, sihat dan cergas.
Bergantunglah pada anda. Kalau boleh teruskan tak makan nasi or roti, up to you. GULA dan produk bergula tinggi harus berpada-pada. Orang Melayu sekarang ramai menghidap diabetes (kencing manis), Dengan cara ini adalah salah satu cara untuk elakkan sebelum terkena penyakit tersebut.
Program ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya.
 minum air sekurang nye 3 liter sehari.
~setiap 25 kg = 1 liter air ..so kira la berapa berat bdn anda berapa dan serasi kn dgn berapa minimum air yg  perlu minum..
AIR jgn dilupakn if nk maintain kn berat yee...


Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena  minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.
Memang itu adalah perkara yang biasa  yang kita dengar dari semua orang, betol x??namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.SO,kwn2..kte kne ubah ckit persepsi kte selma ni..

Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi taw.. jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.


~ Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.
Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari,  dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau boleh buang kulit tu keran kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan. Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.

Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.MAKAN sebelum pkul 9 mlm..
Kepada penggemar  kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi.

Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula 
Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain
.
Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. 
~~Disunting Daripada www.atkins.com