Tuesday 13 March 2012

Usahlah tangisi perpisahan....



wahai sayang~
usah la kau tangisi perpisahan
disebalik perpisahan pasti ada hikmahya
mungkin kau bakal menerima khabar gembira
yang akan menyinari hidup dengan sinar kebahagiaan
terimalah perpisahan ini dengan hati yang ikhlas
insyaallah
hidup kau akan diberkati





ingatlah wahai sayang~
dugaan mengajar kita
erti ketabahan dan kesabaran
tanpa dugaan, hidup ini seakan tidak ada maknanya
dengan adanya dugaan
hidup dihiasi dengan pengalaman
pengalaman mengajar kita
untuk menjadi lebih matang
matang dalam kehidupan
matang juga dalam menghadapi dugaan
sehingga kau menjadi lebih kental
dengan pelbagai rintangan
yang hadir dalam hidupmu

wahai sayang~
suatu hari nanti
pasti kau akan menjadi insan
yang sabar, tabah dan kuat ! ! !

************* segala ujian dari ALLAH itu semua nya ada hikmah nyer..
belajar la untuk menerima takdir,buka kan hati mu........
;-)

sinaran kebahagiaan akan menanti mu... insya`ALLAH....

No comments:

Post a Comment